Konsep Kurikulum

Konsep Kurikulum PPKI SMK Jalan Reko adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Khas serta berasaskan konsep kurikulum alternatif. Aspek kurikulum PPKI SMK Jalan Reko mendukung tiga keperluan asas aspek pengajaran dan pembelajaran murid khas iaitu:

  1. Pengetahuan teori
  2. Kemahiran hidup
  3. Kemahiran pravoksional / vokasional

Pengetahuan teori adalah cara pengajaran dan pembelajaran yang memberi pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan murid sebagai suatu persediaan ilmu bagi diri sendiri atau keperluan untuk dinklusifkan mengikut tahap keupayaan akademik dan fizikal murid. Kemahiran hidup pula adalah membekalkan kepandaian atau kecekapan kepada murid dalam sesuatu bidang bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan berdikari. Manakala mata pelajaran pravokasional / vokasional adalah suatu mata pelajaran yang memberi latihan kemahiran yang diyakini sebagai boleh dijadikan suatu tiket untuk murid memperoleh sumber pendapatan atau berpotensi berkerjaya. Sehubungan dengan konsep yang didukungi oleh program, maka PPKI SMK Jalan Reko menetapkan suatu kerangka konsep kurikulum sebagai panduan dan harus dipatuhi bagi memenuhi aspirasi dan visi program dalam membangunkan modal insan pelajar-pelajar pendidikan khas. Bagi menjayakan kerangka konsep kurikulum ini satu sistem kolaborasi yang mantap perlu dipatuhi iaitu;

  • Kolaborasi guru-guru peringkat sekolah

  • Kolaborasi antara pihak sekolah dan ibu bapa

  • Kolaborasi antara guru, ibu bapa dan agensi yang berkaitan

Kolaborasi ketiga-tiga unsur yang dinyatakan akan membentuk satu rantaian sistem yang mantap dan efektif dalam merealisasikan konsep kurikulum PPKI SMK Jalan Reko.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s